Sunday, March 25, 2012

Pemakanan untuk Kekurangan Berat Badan



Assalamualaikum ? tajuk di atas tu atas permintaan member yang tanya tip untuk seseorang yang kekurungan berat (err aq terlebih berat pulak)...

try usha pak google akhirnya dapat ! Al maklum la dunia hanya hujung jari je kan?

nak taknak jer ....

Apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan berat badan ?


Kurang berat badan berlaku apabila Indeks Jisim Tubuh (BMI) mengikut umur (BMI -untuk-umur) anda berada di bawah garis 5 persentil.
  • Anda mungkin sihat tetapi anda mempunyai kadar metabolisma yang tinggi. 
  • Anda mungkin mengalami kekurangan berat badan kerana masalah gangguan pemakanan ("anorexia/bulimia") atau masalah perubatan yang berkaitan (masalah tiroid). 




Bagaimana hendak menaikkan berat badan?

Dapatkan nasihat daripada doktor anda untuk memastikan bahawa anda tiada mengalami masalah perubatan yang berkaitan.




Jika anda tiada mengalami masalah perubatan yang berkaitan, berat badan boleh dinaikkan dengan :
  • Meningkatkan pengambilan makanan untuk meningkatkan kalori. 
  • Jika anda seorang yang tidak makan dalam jumlah yang banyak, anda boleh makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap. 
  • Cuba makan enam kali sehari (waktu makan utama dan snek) seperti makan sarapan, minum pagi, makan tengah hari, minum petang, makan malam dan minum malam ("supper"). 
  • Snek untuk minum pagi, minum petang dan minum malam perlulah sihat dan berkhasiat. 
  • Pilih makanan yang mempunyai kandungan protein dan kalori yang tinggi. 
  • Makan makanan yang sihat dan seimbang. Sila rujuk Panduan Pemakanan Sihat. 
  • Selalu bersenam. Senaman boleh meningkatkan selera anda. 
  • Dapatkan waktu tidur yang cukup. Badan anda akan menyimpan kalori pada waktu anda tidur. 
  • Dapatkan nasihat Doktor atau Pakar Pemakanan atau Pegawai Dietetik jika anda ingin mengambil diet tinggi protein atau makanan tambahan ("supplements") untuk meningkatkan berat badan anda.



Sarapan
½ cawan Cornflakes + buah yang dipotong
½ cawan Susu lemak rendah
1 keping Roti mil penuh ("wholemeal")
1 sudu kecil marjerin
1 sudu kecil jem
1 cawan Kopi / Teh dengan susu rendah lemak
+ 1 sudu kecil gula
Minum Pagi1 biji kuih cucur badak
1 cawan Koko dengan susu rendah lemak
+ 1 sudu kecil gula
Makan Tengah hari1 cawan Nasi Putih
½ cawan Kailan (menumis reneh - "braised")
¼ cawan kerabu tauge
1 senduk Kari ayam + tomato
1 potong nenas
Air Kosong
Minum Petang
1 biji kuih keria
1 cawan Kopi / Teh dengan susu rendah lemak
+ 1 sudu kecil gula
Makan Malam1 cawan Nasi Putih
1 mangkuk Sup bayam
½ keping tauhu
1 keping saiz sederhana Terung bakar dengan sambal
1 keping Ikan kembung masak Asam pedas
Air Kosong
Minum Malam
1 cawan susu lemak rendah


SUMBER ASAL 


No comments: