Sunday, March 25, 2012

Pelindung Matahari & Penghalang Matahari (Sunblock)

Assalamuaikum?
heheh tajuk kat atas tu secara tak segaja terjumpa heheh btw nak share la dengan korang ...
Apakah pelindung matahari dan penghalang matahari?
  • Losen pelindung dan penghalang matahari mengandungi satu atau lebih bahan kimia pelindung yang boleh menyerap, memantul atau menyelerakkan cahaya ultraungu 
  • Sun Protection Factor (SPF) merujuk kepada jumlah perlindungan spesifik yang tersedia oleh sesebuah produk pelindung matahari. Sebagai contoh, sekiranya bacaan SPF adalah 15, ia bermaksud bahan pelindung matahari tersebut dapat melindungi anda dari pancaran matahari 15 kali lebih lama berbanding sekiranya tanpa sebarang bahan pelindung matahari 
  • Penggunaan pelindung matahari adalah disarankan bagi kebanyakan aktiviti luar. Bahan ini terdapat dalam banyak bentuk seperti losen, gel, semburan atau 'lip balm' dengan pelbagai SPF
'Tips' untuk membeli penghalang matahari
  • Cari bahan pelindung yang memberi perlindungan jalur lebar sinaran Utraviolet A dan B. Pelindung yang mengandungi bahan pemantul seperti titanium dioksida dan zink oksida merupakan penyediaan yang memberikan perlindungan terbaik 
  • Bagi pengguna yang kuat berpeluh atau terlibat dengan sukan air atau acara renang, produk kalis air merupakan pilihan terbaik
Bagaimana dan bila menggunakan pelindung matahari?
  • Goncang botol losen sebelum digunakan 
  • Sapukan pada permukaan kulit yang kering dan bersih, 20 minit ke 1 jam sebelum pendedahan pada matahari 
  • Tunggu sehingga losen pelindung kering sebelum mengenakan pakaian 
  • Sapu semula bahan pelindung setiap 2-3 jam bila berada di luar terutamanya ketika berpeluh atau melakukan aktiviti air 
  • Jangan terdedah pada matahari melangkaui tempoh yang dibenarkan SPF bahan pelindung 
  • Pastikan penggunaan losen yang secukupnya. Sekurang-kurangnya 30 gram atau satu genggam penuh bahan pelindung perlu digunakan untuk perlindungan optimum kepada permukaan kulit yang terdedah
                 
Gunakan losen pelindung matahari walaupun ketika hari mendung.
                    
Panduan membeli persediaan pelindung matahari
Jenis Kulit
SPF Yang di Cadangkan
Kekerapan Penggunaan Harian /SPF
Aktiviti Luar/SPF
  • Selalu mudah terbakar oleh matahari(sunburn), warna kulit terlalu cerah
15 atau lebih25 - 30
  • Mudah terbakar oleh matahari, warna kulit cerah
12 - 1525 - 30
  • Kadang-kadang terbakar oleh matahari, warna kulit cerah ke sederhana cerah
8 - 1015
  • Terbakar pada tahap minima oleh matahari, warna kulit sederhana
6 - 815
  • Jarang terbakar oleh matahari, warna kulit ke perangan atau kehitaman
6 - 815


Di petik dari : SUMBER ASAL

No comments: