Sunday, February 26, 2012

~FEELING FEELING JAP~


Assalamualaikum korang misti bosankan?
jom layan perasaan nak?
heheheh
tekan butang play pastu ikut lirik ni ok?


Tiada manisan dalam madunya
Tiada hangat di dalam dakapnya
Biarku memujuk biarku merayu
Telah ku tabur kasih dan cinta
Telah ku sembahkan semua kelam
Masih hambar...

Apalah lagi yang engkau mahukan
Apalah lagi dayaku korbankan
Ada kehambaran cubaku elakkan
Tiada senyum aku girangkan
Segalanya hilang cubaku tahan
Berpisah jua...oh...oh...

Kerana cintaku dan kasihku
Airmataku jatuh berlinang dan mengalir
Kerana setia terhadapmu
Telah dibuang ketepi...

Kerana janjimu dan sumpahmu
Airmataku jatuh berlinang dan mengalir
Kerana itu peganganku
Telah dilupa segalanya...

Kecewa, terkilan aku
Berpisah jua...oh...oh...
Berpisah jua



~MUSLIHAT ZIONIS DALMAM WORD ~


Pertama buka word.
Taip QY333
Kemudian ubah ke saiz 78.
Tukar kepada font Wingdings





Friday, February 24, 2012

~CARA BUAT HEADER COMEL ATAU MACHO~




Assalamualaikum korang ni aq ada benda nak tunjukkan ?
hehehe aku nak ajar korang macam mana nak buat header yang agak macho @ comel
macam header aku ...
susah? taklah senang gila taw! nasib baik aq tak gila masa buat tutorial ni hehehe.
aq bagi link nie korang download lah E-book yang aq buat memang khas untuk korang
kalau ada apa-apa masalah comment @ emel aq ok?
PASSWORD : hitam-biru95.blogspot.com
KLIK DISINI





Saturday, February 18, 2012

~Awak Saya Ada Twitter Jugak~


Assalamualaikum korang ? saye pOn ada Twitter jugak heheh...
jom la follow t saye follow gak ...
heheh ....
Sorry lah pic background tu memang fvt saye ...
heheh
nie link saye taw! https://twitter.com/#!/HitamBiru95

~You’re My Pet (2011) [K-Movie]~



Sinopsis: Eun-Yi (Kim Ha-Neul) bekerja sebagai editor untuk majalah fesyen.Dia gagal dalam menjalinkan hubungan dengan lelaki, tetapi tidak bukan dengan rakan-rakannya. Di-Ho (Jang Keun-Suk) adalah penari ballet .Dua tahun lalu beliau mengangkat seorang penari wanita, tetapi terjatuh dan terjadi kemalangan. Kerana kemalangan ini wanita itu tidak dapat menari apa-apa lagi,dan kini, Ho tidak ingin menari dengan wanita lagi. In-ho kini berharap untuk menjadi koreografer muzik. Malangnya untuk Di-Ho, beliau tidak mempunyai tempat untuk tinggal. Dia pergi ke sebuah bar di mana kawannya Eun-Soo (Choi Jong-Hoon bekerja. Lewat malam itu, Eun-Soo mengambil Di-Ho ke rumah saudara perempuannya(editor majalah fesyen Eun-Yi).Apabila Eun-Yi tiba di rumahnya, dia berjalan ingin ke bilik air dan melihat seseorang yang memberus giginya. Sambil berjalan beliau memandang dari belakang, dengan mengandaikan lelaki itu adalah adiknya Eun-Soo.Apabila lelaki itu berpaling dia terkejut bahawa ia adalah seorang asing .Eun-Soo kemudian meminta kakaknya dengan Eun-Yi jika-Ho boleh tinggal di tempat itu buat sementara waktu, memberitahu bahawa dia benar-benar baik dan akan membuat kerja-kerja rumah. Eun-Yi menolak idea, tetapi malam itu Eun-Soomenerima wang dari-Ho tinggal di tempat kakaknya.

Juga dikenali sebagai: Neoneun Bintang | Negara: Korea | Bahasa: Korea |Subtitle: English | Tahun: 2011 | Genre: sandiwara sensasi, Romantik | Pelakon:Kim Ha-Neul


BERMINAT?

Thursday, February 16, 2012

~!Pertubuhan Melayu Murtad telah diluluskan!!~








persatuan Melayu Kristian telah SAH ditubuhkan di Malaysia !!
Injil telah dicetak & di edar...
IFC buat RoadshoW besar-besaran sokong kebebasan Beragama...
Bersedialah wahai saudara - saudari ku yang amat disayangi...
BERDOALAH SEMOGA UMAT ISLAM SELAMAT
tolong sebarkan kepada yang cintakan AGAMA ALLAH

(Agama Islam)....
gambar Lina Joy ( belakang sekali ) & Para peguamnya ISLAM DIHINA DI MALAYSIA
Baca sama-sama...

Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila
berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni??
Patut laa ada yang kata tak nak ada anak.
Bukan takut nak beranak, tapi takut
ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan
membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang
terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan
signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt
kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga
minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar
kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni
dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan
IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.

Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...
Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung
dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia.

Antaranya:

1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan
mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun
- Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh
dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat
anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,
tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'...Kalau dia kata nak
jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah
digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum
identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa
minta di'tiada'kan.

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia
tidak perlu masuk Islam.

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam,
mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,
begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah
ibadat orang bukan Islam.

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat
hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -
mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni
bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama
kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah
nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah
syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah,
sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar

8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya
dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak
penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang
ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga
ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible
dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di
Malaysia? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium
Muslim

Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana
sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM
dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya
dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat
Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded
langsung!'...Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim',
katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih,
maka inilah hadiahnya!'...
Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia. Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar,
macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!
-------------------------------------------------------------------------
Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: 'Sepertimana yang Tartar
berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja
mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak
yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil
daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.

Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa
nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak
cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah
Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi
sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum
selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir
al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)

**SAPA YANG BACA ARTIKAL NIE 'DIWAJIBKAN' POST KEPADA SAUDARA MUSLIM
LAINNYA... KERANA INI SEBAHAGIAN DARI JIHAD... SUPAYA SAUDARA MUSLIM KITA DAPAT
TAHU TENTANG UNSUR-UNSUR MENGHANCURKAN ISLAM
 

Wednesday, February 15, 2012

~PETUA BAGI BIBIR KERING~


Assalamualaikum ... ? pernah tak  terjadi pada korang bila bibir kering sangat sampai berdarah ?
Iman selalu kena macam nie ... Ramai orang buat tak kesahkan tentang hal nie?
nie ada beberapa tip yang boleh di amalkan :

1. Janganlah sering menjilat bibir karena air liur akan cepat menguap sehingga bibir semakin kering.

2.Bancuhkan air suam bersama gula merah dan sedikit asam jawa kemudian diminum beberapa kali. 

3.Jika kita mengalami bibir menggelupas, maka cara yang terbaik untukmerawatnya adalah dengan menggosok lembut bibir menggunakan tuala basah dengan cara gerakan bulatan. Dengan melakukan hal ini maka akan menghilangkan kulit yang sudah mati serta meningkatkan peredaran darah dibahagian bibir serta membuat bibir bersih dan lembut.

4. Minum banyak air putih ketika bersahur dan berbuka. 
Pilih sayur dan buah yang mengandung vitamin C, B, E dan mineral. 

5. Selain pelembap yang ada di pasaran, anda boleh menggunakan madu sebagai pelembap.

6. Urut lembut bibir dengan minyak zaitun bagi melancarkan peredaran darah.

7. Sapu marjerin pada bibir sebelum tidur untuk mengekalkan tahap kelembapan bibir.

INSYALLAH ... :-)

Monday, February 13, 2012

~KASUT UNIK REKAAN MENGIKUT ZAMAN~

Assalamualaikum korang ?
pernah terfikir tak asal kasut "HIGH HEEL dan sewaktu dengannya tu ?"...
jom singkap sejarah yang mereka kasut pelik-pelik ...
special thank for G3 majalah kraftangan

Kasut nie senang untuk dipakai bagi orang yang selalu sibukkan ...

Kasut nie sesuai untuk orang yang inginkan keselamatan tambahan ..



Mula-mula tengok macam dinosourkan?



~FAKTA MENGENAI VALENTINE'S DAY~

Gambar ini sekadar hiasan sahaja.



Assalamualaikum korang ...?
nie ha nak bagitau pasal maksud bagi perayaan VALENTINE'S DAY yang ramai di kalangan remaja melayu
kita meyambut  jugak ...

Hari Santo Valentine, atau lebih dikenali sebagai Hari Valentine atau Hari Memperingati Kekasih, ialah satu sambutan tahunan yang diadakan pada 14 Februari untuk meraikan kasih sayang sesama kekasih. Sambutan ini dinamai sempena seorang dua martir Kristian purba yang bernama Santo Valentine. Ia ditubuhkan oleh Paus Gelasius I pada tahun 496 M, tetapi digugurkan daripada Takwim Santo Rom Am oleh Paus Paul VI pada tahun 1969. Menurut tradisi, Hari Valentine merupakan hari bagi para kekasih untuk meluahkan rasa kasih sayang kepada satu sama lain dengan menghadiahkan bunga, menawarkan manis-manisan, dan mengirim kad ucapan. Sambutan ini mula-mula dikaitkan dengan asmara dalam lingkungan sastera Geoffrey Chaucer pada Kemuncak Zaman Pertengahan apabila mekarnya asmara istana.
Antara lambang-lambang Hari Valentine moden ialah bentuk hati, burung merbuk, dan dewa Cupid yang bersayap. Semenjak abad ke-19, surat cinta Valentine yang bertulisan tangan membuka laluan kepada kad ucapan yang dikeluarkan secara besar-besaran.




Santo Valentine
Fakta bersejarah

Terdapat ramai martir Kristian purba yang bernama Valentine, tetapi mereka bernama Valentine yang diperingati pada 14 Februari adalah Valentine dari Rom (Valentinus presb. m. Romae) dan Valentine dari Terni (Valentinus ep. Interamnensis m. Romae). Valentine dari Rom[ ialah seorang paderi di Rom yang mati demi agama pada tahun 269 M dan dikebumikan di Via Flaminia. Bahan-bahan peninggalannya terdapat di Gereja St. Prassede di Rom, dan Gereja Karmelit Whitefriar Street di Dublin, Ireland.
Valentine dari Terni pula menjadi biskop Interamna (kini Terni) sekitar tahun 197 M dan dikatakan berkorban demi agama sewaktu zaman penindasan ke atas penganut Kristian di bawah pemerintahan Maharaja Aurelian. Beliau juga dikebumikan di Via Flaminia, tetapi di tempat yang berbeza daripada Valentine dari Rom. Bahan-bahan peninggalannya berada di Basilika St. Valentine di Terni (Basilica di San Valentino).
Catholic Encyclopedia juga menyebutkan seorang lagi santo bernama Valentine yang disebut di bawah tarikh 14 Februari dalam takwim-takwim martir yang purba. Beliau berkorban demi agama di Afrika bersama sebilangan sahabat handai, tetapi tidak banyak yang diketahui mengenainya.
Tiada unsur-unsur asmara terdapat dalam riwayat hidup terawal bagi mana-mana martir ini. Ketika seseorang Santo Valentine dikaitkan dengan asmara pada abad ke-14, maka perbezaan antara Valentine dari Rom dan Valentine dari Terni pudar begitu sahaja.
Dalam pindaan Takwim Para Yang Kudus Katolik Rom pada tahun 1969, hari perayaan Santo Valentine pada 14 Februari dipadamkan daripada Takwim Rom Am dan diturun taraf kepada takwim-takwim tertentu (peringkat tempatan atau kebangsaan) atas sebab yang berikut: "Sungguhpun peringatan Santo Valentine diamalkan sejak purbakala, namun ia diserahkan kepada takwim-takwim yang tertentu, memandangkan tiada apa yang diketahui tentang Santo Valentine selain namanya dan bahawa beliau disemadikan di Via Flaminia pada 14 Februari." Hari perayaan Santo Valentine masih disambut di Balzan (Malta) di mana dikatakan terjumpa bahan-bahan tinggalan santo berkenaan, dan juga di seluruh dunia oleh penganut Katolik Tradisionalis yang mengikuti takwim pra-Majlis Vatikan Kedua yang lebih purba. 14 Februari juga disambut sebagai Hari St. Valentine dalam beberapa mazhab Kristian yang lain, misalnya: ia berpangkat 'peringatan' dalam takwim Gereja England dan beberapa lagi anggota Golongan Anglikan.


FAKTA PERCANGGAHAN

Malaysia

Pihak berkuasa agama Islam di Malaysia mengingatkan umat Islam supaya tidak menyambut Hari Valentine atas kaitannya dengan kegiatan maksiat. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Muhyiddin Yassin berkata, perayaan cinta asmara ini "tidak sesuai" untuk umat Islam. Ketua Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz menyebut bahawa pernah keluarnya satu fatwa oleh para mufti pada tahun 2005 bahawa sambutan ini "mempunyai unsur-unsur Kristian serta amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang Islam". Pihak berkuasa JAKIM merancang untuk melancarkan kempen "Awas Jerat Valentine's Day" di seluruh negara dengan menghalang umat Islam daripada menyambut perayaan itu pada 14 February 2011. Antara langkah-langkah dalam kempen ini ialah menyerbu hotel untuk menghalang pasangan muda daripada berkhalwat serta mengedarkan risalah kepada mahasiswa universiti yang beragama Islam tentang pantang larang Hari Valentine.Pada Hari Valentine 2011, pihak berkuasa agama Malaysia memberkas lebih 100 pasangan Muslim berkenaan larangan ke atas sambutan itu. Ada di kalangan mereka yang didakwa di Mahkamah Syariah kerana mengingkari larangan JAKIM ke atas sambutan Hari Valentine.


Arab Saudi

Di Arab Saudi pada tahun 2002 dan 2008, penguatkuasa agama mengharamkan penjualan segala barang-barang Hari Valentine dengan menyuruh para pekedai untuk menarik keluar segala barangan yang berwarna merah, kerana sambutan itu dikira sebagai perayaan Kristian. Larangan ini mencetuskan wujudnya pasaran gelap yang menjual bunga mawar dan kertas bungkus.


Pakistan

Parti Jamaat-e-Islami menyeru supaya Hari Valentine diharamkan di Pakistan. Sungguhpun demikian, perayaan ini semakin diminati ramai sehingga pekedai bunga menjangka dapat banyak menjual bunga.


Iran

Pada awal abad ke-21, sambutan Hari Valentine di Iran dikutuk sekeras-kerasnya oleh ilmuwan-ilmuwan Islam yang memandang sambutan itu sebagai bercanggah dengan budaya Islam. Pada tahun 2011, kesatuan pemilik mesin cetak Iran mengeluarkan arahan larangan mencetak dan mengedar sebarang barangan yang melariskan Hari Valentine, termasuk kad ucapan dan hadiah yang berhias bentuk hati merah, bunga mawar merah dan sebarang kegiatan berkenaan Hari Valentine..


Sumber asal oleh wikipedia.org



Sunday, February 12, 2012

~FACEBOOK MESSENGER~


Assalamualaikum? nie Iman ada something nak bagi pada korang nie ... heheh
kira hadiah lah k ... :P
pernah korang terfikir kalau FB diorang buat macam Yahoo Messenger kan best?
nape la suka minta benda yang bukan-bukan kan?
haha tapi dah ada orang develop dah pulak ....
so sebagai pengguna Iman nak kongsi pada korang la ....
download dan log in macam biasa k ...

~KONGSI INTERNET DENGAN BROADBAND~











Assalamualaikum? korang pernah tak terfikir kan best kalau dapat share line broadband dengan lappy or etc lagi ... Ha  nie nak bagi realisasikan impian yang terkubur 2 ... heheh

SPESIFIKASI :
Sorotan Connectify Pro Termasuk:
kongsi Wi-Fi dari Rangkaian 3G/4G - Connectify Pro kini menyokong internetberkongsi daripada 3G/4G kad sebagai tambahan kepada pelbagai kad-kad laindan USB dongle
"Scannify" Perkhidmatan Discovery - Connectify Pro secara automatik akan mengimbas rangkaian anda untuk folder sedia berkongsi atau pemacu, pelayan web, dan perkhidmatan lain yang jauh
Pemilihan AutoInternet - Apabila ia ditetapkan kepada "Automatik," Connectify Probijak memilih yang sambungan Internet untuk berkongsi dan membuat perubahan konfigurasi yang perlu untuk hotspot anda
Sepenuhnya SSID Customizable - Nama hotspot anda apa sahaja yang anda mahu!Connectify Lite memerlukan nama hotspot anda untuk bermula dengan "Connectify"
Sokongan untuk Windows XP dan Windows Vista - Ad-Hoc Mod sahaja


                                                                    Klik Di Sini



Saturday, February 4, 2012

~KALAU AKU LELAKI MELAYU TERAKHIR~

Assalamualaikum ?
lame x update my blog nieh ... huhuh bz lahhh ....
berangan japp ~~
kalau lah Iman lelaki melayu terakhir ??




My Bday cake hahah




hahaha