Friday, March 2, 2012

Doudou Linux



~DoudouLinux ~


Assalamualaikum korang ?
korang macam aq tak? BIG family pastu adik-adik sibuk nak main game or bukak FACEBOOK guna laptop korang ? mesti berserabutkan ? nie nak rekomen sikit hehehe ...
mesti korang takut adik-adik korang install pelbagai jenis game yang sewaktu dengan nya kan dan menyebar pelbagai jenis anak cucu cicit VIRUS dan merosakkan windows korang ....
panjang pulak celoteh heheh ...


nie riview sket :


DoudouLinux  direka khas untuk kanak-kanak agar penggunaan komputer menjadi semudah dan seseronok yang mungkin bagi mereka (termasuk ibu bapa dan korang jugak). DoudouLinux menyediakan berpuluh-puluh aplikasi yang sesuai untuk kanak-kanak dari 2  tahun dan sehingga monopaus dan memberikan mereka satu persekitaran yang mudah untuk digunakan sebagaimana konsol permainan. Kanak-kanak boleh belajar, menemui dan berseronok tanpa perlu sentiasa diawasi oleh ibu bapa!

Namun DoudouLinux juga dibina untuk memudahkan ibu dan bapa. Terdapat dalam bentuk CDROM autorun, DoudouLinux tidak perlu dipasang. Ia tidak menyentuh data di dalam komputer yang dijalankan, mahupun sistem yang dipasang pada komputer. Didatangkan dengan penapis kandungan terbina dalam, ia menghalang kanak-kanak daripada secara tidak sengaja melawat laman-laman web tak baik . Anda boleh membawanya ke mana-mana sahaja dan membiarkan kanak-kanak di mana-mana komputer tanpa perlu bimbang. DoudouLinux boleh dipinjamkan, ditawarkan, dipinjamkan semula, disalin seberapa kerap yang anda mahu. Sama seperti yang mereka lakukan di taman permainan sekolah! Ia adalah sah sepenuhnya mengikut undang-undang, jadi DoudouLinux adalah benar-benar bebas risiko daripada semua sudut pandangan.


maklumat terbaru?


nak download ?



No comments: