1 Litre no Namida (1リットルの涙 Ichi Rittoru no Namida. "1 Litre of Tears"; juga dikenali sebagai A Diary with Tears atau A Diary of Tears) merupakan drama TV Jepun untuk Fuji Television mengenai sebuah kisah benar seorang gadis yang menghidap penyakit serius ketika berusia 15 tahun dan terpaksa berperang dengan penyakitnya selama 10 tahun sebelum mati pada usia 25 tahun.
Sinopsis
Drama ini merupakan adaptasi dari diari yang ditulis oleh gadis Jepun bernama Aya Kitō yang menghidap penyakit ataksia spinoserebelar. Beliau bermula menulis diari apabila dicadangkan oleh doktornya dan terus menulis sehingga beliau tidak mampu lagi memegang pen. Diari tersebut telah diterbitkan. Diari yang diberi nama 1 Litre no Namida itu diterbitkan sejurus selepas kematian Aya
Drama ini merupakan kisah sebenar Aya yang berusia 15 tahun yang menghidap penyakit ataksia spinoserebelar dan meneruskan kehidupannya sehingga berusia 25 tahun. Skrip drama ini diambil dari catatan diari Aya yang ditulis sepanjang berperang dengan penyakitnya sehinggalah beliau gagal memegang pen.
Drama ini dimulakan dengan kehidupan baru Aya sewaktu melangkah ke semester baru. Dalam kegembiraannya, beliau mula mendapat beberapa kesukaran secara fizikal yang mana hanya disedari oleh ibunya. Walau bagaimanapun, suatu hari, beliau jatuh rebah di atas lantai dan ketika itulah, penyakitnya mula dikesan.
Kehidupan cinta pertamanya bersama Yuji musnah apabila Yuji seakan-akan tidak dapat menerima kenyataan bahawa kekasihnya cacat. Akibat herdikan rakan-rakan sekeliling, Yuji membuat keputusan untuk memutuskan hubungannya dengan Aya. Aya meneruskan kehidupannya dan bermulalah tarikannya kepada rakan sekelasnya yang pendiam tetapi mengambil berat akan dirinya, Haruto. Haruto terus-menerus memberi galakan kepada Aya untuk terus berjuang dan dalam diam, mereka berdua menyimpan perasaan terhadap satu sama lain. Percintaan mereka dihalang oleh ayah Haruto yang juga seorang doktor di hospital tempat Aya mendapatkan rawatan..
Pelakon
- Erika Sawajiri - Aya Ikeuchi
- Hiroko Yakushimaru - Shioka Ikeuchi (Aya's mother)
- Ryō Nishikido - Haruto Asō (Aya's later love interest and her lover)
- Takanori Jinnai - Mizuo Ikeuchi (Aya's father)
- Riko Narumi - Ako Ikeuchi (Aya's little sister)
- Naohito Fujiki - Hiroshi Mizuno (Doctor)
- Saori Koide - Mari Sugiura (One of Aya's best friends)
- Yuma Sanada - Hiroki Ikeuchi (Aya's little brother)
- Ani Miyoshi - Rika Ikeuchi (Aya's youngest sister)
- Kenichi Matsuyama - Yuji Kawamoto (Aya's first love interest)
- Kana Matsumoto - Saki Matsumura
- Momosuke Mizutani - Kohei Onda
- Ryo Hashidume - Keita Nakahara
- Hiroshi Katsuno - Yoshifumi Asō (Haruto's father)
- Asae Onishi (大西麻恵?) - Asumi Oikawa (Aya's roommate when she was in disability school. She has the same disease as Aya)
- Yuuki Sato - Keisuke Asō (Haruto's brother)
- Maya Hamaoka - Kikue Oikawa
- Kazuko Katō (かとうかずこ?) - Madoka Fujimura
- Toshihide Tonesaku - Kiichi Takano (One of the volunteers at the disability who later gets married to the head teacher of the disability school)
- Shigeyuki Satō - Nishino (Home room teacher of Aya when she was still in the normal high school)
SUMBER ASAL : http://ms.wikipedia.org/wiki/1_Litre_of_Tears
NAK TENGOK : KLIK DISINI
No comments:
Post a Comment