Monday, February 13, 2012

~FAKTA MENGENAI VALENTINE'S DAY~

Gambar ini sekadar hiasan sahaja.



Assalamualaikum korang ...?
nie ha nak bagitau pasal maksud bagi perayaan VALENTINE'S DAY yang ramai di kalangan remaja melayu
kita meyambut  jugak ...

Hari Santo Valentine, atau lebih dikenali sebagai Hari Valentine atau Hari Memperingati Kekasih, ialah satu sambutan tahunan yang diadakan pada 14 Februari untuk meraikan kasih sayang sesama kekasih. Sambutan ini dinamai sempena seorang dua martir Kristian purba yang bernama Santo Valentine. Ia ditubuhkan oleh Paus Gelasius I pada tahun 496 M, tetapi digugurkan daripada Takwim Santo Rom Am oleh Paus Paul VI pada tahun 1969. Menurut tradisi, Hari Valentine merupakan hari bagi para kekasih untuk meluahkan rasa kasih sayang kepada satu sama lain dengan menghadiahkan bunga, menawarkan manis-manisan, dan mengirim kad ucapan. Sambutan ini mula-mula dikaitkan dengan asmara dalam lingkungan sastera Geoffrey Chaucer pada Kemuncak Zaman Pertengahan apabila mekarnya asmara istana.
Antara lambang-lambang Hari Valentine moden ialah bentuk hati, burung merbuk, dan dewa Cupid yang bersayap. Semenjak abad ke-19, surat cinta Valentine yang bertulisan tangan membuka laluan kepada kad ucapan yang dikeluarkan secara besar-besaran.




Santo Valentine
Fakta bersejarah

Terdapat ramai martir Kristian purba yang bernama Valentine, tetapi mereka bernama Valentine yang diperingati pada 14 Februari adalah Valentine dari Rom (Valentinus presb. m. Romae) dan Valentine dari Terni (Valentinus ep. Interamnensis m. Romae). Valentine dari Rom[ ialah seorang paderi di Rom yang mati demi agama pada tahun 269 M dan dikebumikan di Via Flaminia. Bahan-bahan peninggalannya terdapat di Gereja St. Prassede di Rom, dan Gereja Karmelit Whitefriar Street di Dublin, Ireland.
Valentine dari Terni pula menjadi biskop Interamna (kini Terni) sekitar tahun 197 M dan dikatakan berkorban demi agama sewaktu zaman penindasan ke atas penganut Kristian di bawah pemerintahan Maharaja Aurelian. Beliau juga dikebumikan di Via Flaminia, tetapi di tempat yang berbeza daripada Valentine dari Rom. Bahan-bahan peninggalannya berada di Basilika St. Valentine di Terni (Basilica di San Valentino).
Catholic Encyclopedia juga menyebutkan seorang lagi santo bernama Valentine yang disebut di bawah tarikh 14 Februari dalam takwim-takwim martir yang purba. Beliau berkorban demi agama di Afrika bersama sebilangan sahabat handai, tetapi tidak banyak yang diketahui mengenainya.
Tiada unsur-unsur asmara terdapat dalam riwayat hidup terawal bagi mana-mana martir ini. Ketika seseorang Santo Valentine dikaitkan dengan asmara pada abad ke-14, maka perbezaan antara Valentine dari Rom dan Valentine dari Terni pudar begitu sahaja.
Dalam pindaan Takwim Para Yang Kudus Katolik Rom pada tahun 1969, hari perayaan Santo Valentine pada 14 Februari dipadamkan daripada Takwim Rom Am dan diturun taraf kepada takwim-takwim tertentu (peringkat tempatan atau kebangsaan) atas sebab yang berikut: "Sungguhpun peringatan Santo Valentine diamalkan sejak purbakala, namun ia diserahkan kepada takwim-takwim yang tertentu, memandangkan tiada apa yang diketahui tentang Santo Valentine selain namanya dan bahawa beliau disemadikan di Via Flaminia pada 14 Februari." Hari perayaan Santo Valentine masih disambut di Balzan (Malta) di mana dikatakan terjumpa bahan-bahan tinggalan santo berkenaan, dan juga di seluruh dunia oleh penganut Katolik Tradisionalis yang mengikuti takwim pra-Majlis Vatikan Kedua yang lebih purba. 14 Februari juga disambut sebagai Hari St. Valentine dalam beberapa mazhab Kristian yang lain, misalnya: ia berpangkat 'peringatan' dalam takwim Gereja England dan beberapa lagi anggota Golongan Anglikan.


FAKTA PERCANGGAHAN

Malaysia

Pihak berkuasa agama Islam di Malaysia mengingatkan umat Islam supaya tidak menyambut Hari Valentine atas kaitannya dengan kegiatan maksiat. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Muhyiddin Yassin berkata, perayaan cinta asmara ini "tidak sesuai" untuk umat Islam. Ketua Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz menyebut bahawa pernah keluarnya satu fatwa oleh para mufti pada tahun 2005 bahawa sambutan ini "mempunyai unsur-unsur Kristian serta amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang Islam". Pihak berkuasa JAKIM merancang untuk melancarkan kempen "Awas Jerat Valentine's Day" di seluruh negara dengan menghalang umat Islam daripada menyambut perayaan itu pada 14 February 2011. Antara langkah-langkah dalam kempen ini ialah menyerbu hotel untuk menghalang pasangan muda daripada berkhalwat serta mengedarkan risalah kepada mahasiswa universiti yang beragama Islam tentang pantang larang Hari Valentine.Pada Hari Valentine 2011, pihak berkuasa agama Malaysia memberkas lebih 100 pasangan Muslim berkenaan larangan ke atas sambutan itu. Ada di kalangan mereka yang didakwa di Mahkamah Syariah kerana mengingkari larangan JAKIM ke atas sambutan Hari Valentine.


Arab Saudi

Di Arab Saudi pada tahun 2002 dan 2008, penguatkuasa agama mengharamkan penjualan segala barang-barang Hari Valentine dengan menyuruh para pekedai untuk menarik keluar segala barangan yang berwarna merah, kerana sambutan itu dikira sebagai perayaan Kristian. Larangan ini mencetuskan wujudnya pasaran gelap yang menjual bunga mawar dan kertas bungkus.


Pakistan

Parti Jamaat-e-Islami menyeru supaya Hari Valentine diharamkan di Pakistan. Sungguhpun demikian, perayaan ini semakin diminati ramai sehingga pekedai bunga menjangka dapat banyak menjual bunga.


Iran

Pada awal abad ke-21, sambutan Hari Valentine di Iran dikutuk sekeras-kerasnya oleh ilmuwan-ilmuwan Islam yang memandang sambutan itu sebagai bercanggah dengan budaya Islam. Pada tahun 2011, kesatuan pemilik mesin cetak Iran mengeluarkan arahan larangan mencetak dan mengedar sebarang barangan yang melariskan Hari Valentine, termasuk kad ucapan dan hadiah yang berhias bentuk hati merah, bunga mawar merah dan sebarang kegiatan berkenaan Hari Valentine..


Sumber asal oleh wikipedia.org



No comments: