Thursday, December 29, 2011

~CARA MENGGUNAKAN HJ SPLIT~

~CARA MENGGUNAKAN HJ SPLIT~


Apa itu HJSplit ? Dari pelbagai tulisan di internet menyebutkan bahawa pengertian HJSplit adalah merupakan sebuah program untuk memecah fail yang bersaiz besar menjadi bahagian-bahagian yang kecil dalam waktu yang jauh lebih cepat berbanding melakukannya dengan Split Rar. Dimana HJSplit ini juga boleh digunakan untuk mengembalikannya seperti semula.

Cara melakukan Split (memisahkan file besar menjadi file-file kecil).

1. Buka Aplikasi HJSplit yang sudah di install di PC atau Laptop anda.

2. Klik pada menu "Split"

3. Klik "Input File" untuk mencari fail yang hendak dipecah.

4. Bila hendak menentukan tempat folder pecahan jumlah gambar, maka sila klik"Output File", dan tentukan sendiri di folder mana file yang akan dipecah ditempatkan.

5. Pada bahagian "Split file Size" tentukan saiz fail yang akan dipecah-pecah,contohnya 100 Kbytes.

6. Klik "Start" untuk memulakan proses Split

7. Setelah proses Split selesai, maka sila tutup aplikasi HJSplit dan lihatlah file-file yang sudah berjaya dipecah melalui folder yang sudah ditentukan pada bahagian nombor 4 di atas.



Cara melakukan Join (menggabungkan fail yang dipecah-pecah menjadi sebuah file sempurna)

Cara nak join file

Dah siap dah ...heheh



1. Buka Aplikasi HJSplit yang sudah di install di PC atau Laptop Anda.

2. Klik "Join"

3. Klik "Input File" untuk mencari fail yang hendak ingin di gabungkan (Join)

4. Klik "Output" untuk menentukan folder simpanan fail yang akan digabungkannanti.

5. Klik butang "Start" untuk memulakan proses Join

6. Setelah proses join selesai, maka sila tutup aplikasi HJSplit dan lihatlah hasil fail yang sudah digabungkan di dalam folder yang sudah ditentukan pada bahagian nombor 4 di atas.

No comments: